Mar 7, 2013

Mari Belajar Pecahan: Pecahan Tahun 5

Menukar Pecahan (Bahagian 1)

Apa maksud pecahan wajar & pecahan tak wajar?


Pecahan wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut
- (pengangka < penyebut) - contoh, 4/7 


Pecahan tak wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih besar daripada atau
  sama dengan penyebut
- (pengangka ≫ penyebut)
- contoh, 6/5


Cara menukar pecahan tak wajar kepada nombor bulat adalah seperti berikut:






bagaimana hendak mengetahui nombor yang diwakili oleh bahagian berwarna?

antara caranya ialah: 
9 ÷ 3 = 3 


9 mewakili bilangan yang terdapat di dalam gambar rajah, manakala 3 pula mewakili pecahan yang terdapat dalam satu bulatan. 
oleh itu, bahagikan nilai 9 dan 3. 
jumlahnya ialah 3.
jawapan bagi bahagian berwarna ialah 9/3 atau 3.

Nombor bulat boleh juga ditulis dalam bentuk pecahan.

Misalnya, 4 = 4/1 , 7 = 7/1




Cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur ialah:


kaedah 1
1) bahagikan pengangka dengan penyebut
2) hasil bahagi (nombor yang berada di bahagian atas) akan menjadi nombor bulat
3) manakala, baki yang terdapat hasil pembahagian akan ditulis sebagai pengangka
4) penyebut pula diambil dari nombor pembahagi

(untuk lebih memahami, sila rujuk gambar dibawah)


Berikut merupakan langkah-langkah menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar.

1) darabkan nilai penyebut dengan nombor bulat 
(berada di sebelah kiri)
2) kemudian, tambahkan hasil darab tadi dengan pengangka
3) untuk memperolehi jawapan, hasil tadi dijumlahkan dan dibahagikan @ diperkan dengan nilai penyebut

Misalnya: 

kaedah 2

1) Samakan pengangka dan penyebut dahulu
2) Tambah semua pengangka sehingga dapat jumlah asal
3) Jadikan pengangka dan penyebut yang sama kepada jumlah 1
4) Mula menulis nombor pecahan bercampur   


Contoh: 14/4
1) Samakan pengangka dan penyebut dahulu
(4/4 + 4/4 + 4/4) + 2/4 = 14/4 

Setelah habis menyamakan pengangka dan penyebut, tambah dengan baki  2/4 untuk menjadikan nilai pengangka 14. 

2) Tambah semua pengangka sehingga dapat jumlah asal
4+4+4+2 = 14

3) Jadikan pengangka dan penyebut yang sama kepada jumlah 1
4/4 =1
4/4 = 1
4/4 = 1
Jumlah = 1+1+1 = 3

4) Mula menulis nombor pecahan bercampur     
jadikan 3 sebagai nombor bulat
2/4 sebagai pengang dan penyebut

Jawapan: 3 2/4 

  kaedah 3
 
1) Lukis gambarajah mewakili pecahan tak wajar
2) Gambarajah yang dilorek penuh dikira 1, tambah nilai 1 dan jadikan nombor bulat
3) Gambarajah yang separa lorek jadikan pecahan 
4) Mula membentuk pecahan bercampur 

Contoh: 14/4

1) Lukis gambarajah mewakili pecahan tak wajar

buat 4 bulatan yang semuanya dibahagikan kepada 4 bahagian, lorekkan mengikut nilai pengangka

2) Gambarajah yang dilorek penuh dikira 1, tambah nilai 1 dan jadikan nombor bulat
  terdapat 3 gambarajah bulatan berlorek penuh

3) Gambarajah yang separa lorek jadikan pecahan  
 Jadikan 2/4

4) Mula membentuk pecahan bercampur  
 Jawapan: 3 2/4 

~semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahaminya~ 

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang ke Blog Mumtaz Tutor..Selamat belajar dan selamat mengaut ilmu di sini. Sebarang pertanyaan boleh hantar soalan di ruangan TANYA CIKGU. Terima Kasih!